Wednesday, 3 September 2014

Kenapa erk kena hormat Ckgu ????

Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.

*)___^

Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.  Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.

*___^

Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.

T___T

Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.

&____*

p/s: sama2 kita fikir..
*)__^

Pembetulan sejarah Tok Janggut amat perlu!

Photo: Pembetulan sejarah Tok Janggut amat perlu!
Tolong... Tolong... Tolong, perbetulkan sejarah gambar ini !!!

Ini BUKANnya jasad Tok Janggut, Haji Mat Hassan bin Munas, tetapi jasad askar sikh yang terkorban semasa Perang Pasir Puteh, Tok Janggut telah diselamatkan Mat kelubi dan dilarikan ke Gua Musang dalam keadaan cedera. Tok Janggut terus hidup dengan menggunakan nama Haji Ahmad dan menetap di Panji Kota Bharu Kelantan, berkahwin dan mempunyai zuriat, hidup sehingga tahun 1969.

Perlu kita ketahui bahawa tujuan jasad ini dipamerkan pada masyarakat Kota Bharu adalah untuk menakutkan orang melayu ketika itu. Penting kita tahu kenapa diarakkan sekitar kota bharu sahaja, Kerana orang Kota Bharu tidak pernah melihat wajah Tok Janggut, hanya mendengar cerita berkaitan perjuangannya sahaja (British gelar pemberontakan).

Sejarah berkaitan gambar ini perlu diterangkan dan dijelaskan, bagi mengelakkan aib pada Haji Mat Hassan bin Munas, dan keturunannya.

sumber: cucu cicit Tok Janggut

Apa yg kita terima dan baca, Tok Janggut telah dibunuh dan mayatnya digantung serta diarak di Kota Bharu. Dengan bersumberkan gambar dan cerita dari penjajah, maka sejarah melayu pun ditulis mengikut kehendak penjajah. Padahal yg sebenarnya mayat yg digantung dan diarak bukanlah Hj. Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut.

Tolong... Tolong... Tolong, perbetulkan sejarah gambar ini !!!

Ini BUKANnya jasad Tok Janggut, Haji Mat Hassan bin Munas, tetapi jasad askar sikh yang terkorban semasa Perang Pasir Puteh, Tok Janggut telah diselamatkan Mat kelubi dan dilarikan ke Gua Musang dalam keadaan cedera. Tok Janggut terus hidup dengan menggunakan nama Haji Ahmad dan menetap di Panji Kota Bharu Kelantan, berkahwin dan mempunyai zuriat, hidup sehingga tahun 1969.

Perlu kita ketahui bahawa tujuan jasad ini dipamerkan pada masyarakat Kota Bharu adalah untuk menakutkan orang melayu ketika itu. Penting kita tahu kenapa diarakkan sekitar kota bharu sahaja, Kerana orang Kota Bharu tidak pernah melihat wajah Tok Janggut, hanya mendengar cerita berkaitan perjuangannya sahaja (British gelar pemberontakan).

Sejarah berkaitan gambar ini perlu diterangkan dan dijelaskan, bagi mengelakkan aib pada Haji Mat Hassan bin Munas, dan keturunannya.

sumber: cucu cicit Tok Janggut

Apa yg kita terima dan baca, Tok Janggut telah dibunuh dan mayatnya digantung serta diarak di Kota Bharu. Dengan bersumberkan gambar dan cerita dari penjajah, maka sejarah melayu pun ditulis mengikut kehendak penjajah. Padahal yg sebenarnya mayat yg digantung dan diarak bukanlah Hj. Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut.

Teruskan perjuangan!!!

Murid tidur di dlm kelas, cikgu sabar...
Murid bersembang dan bising di dalam kelas, cikgu sabar...
Murid tinggikn suara dan memekik di dalam kelas, cikgu sabar...
Murid mengata cikgu, cikgu sabar...
Murid bermain di dalam kelas, cikgu sabar...
Murid keluar kelas sesuka hati, cikgu sabar...
Murid buat muka depan cikgu, cikgu sabar...
Murid xjaga aurat depan cikgu, cikgu sabar...
Murid ckp kasar dgn cikgu, cikgu sabar...
Indahnya sabar itu kan...
Jgn 'give up' cikgu2 sekalian..
Teruskan perjuangan!!!
Chayokkk!!!

Waspada...

Terlalu berharap, kecewa akhirnya.

Terlalu sayang, benci akhirnya.

Terlalu gembira, duka akhirnya.

Terlalu tamak, rugi akhirnya.

Terlalu ambil berat, terabai akhirnya.

Berpada-padalah ketika berurusan mahupun menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja.

Cukuplah Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang bagimu. DIA lah sebaik tempat bergantung dan memohon pertolongan.

#PesanUntukDiriSendiriDanOrangLain

#BERSEDERHANALAH

Manusia dan sebiji botol...

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1
2. Kalau diisi jus, harganya RM 8
3. Kalau diisi Madu Yaman akan berharga RM200
4. Kalau diisi minyak wangi odd, akan berharga RM1000
5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.

Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab isi dalamnya berharga.. 

manusia semua sama, 
yang membezakannya adalah IMAN & AMAL dalam dirinya yg akan myebabkan dia berharga di sisi ALLAH atau dia di pandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka.
Muhasabah diri sebelum kita mati 🌞


Like Cikgu Khairi

Syurga Itu Menyusahkan, Neraka Itu Menggembirakan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ 
Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

حُجِبَتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ ، 
Neraka ditutupi dengan perkara-perkara yang menggoda jiwa,

وَحُجِبَتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ
Syurga pula ditutupi dengan perkara-perkara yang tidak disukai.

صحيح البخاري»كِتَاب الرِّقَاقِ» بَاب حُجِبَتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ
[Sahih al-Bukhari, Kitab ar-Raqaiq, Bab Neraka Ditutupi Dengan Perkara Yang Menggoda, hadis no: 6033]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ أَرْسَلَ جِبْرِيلَ إِلَى الْجَنَّةِ ، فَقَالَ :
Apabila Allah telah menciptakan syurga dan neraka, Dia menghantar Jibril ke syurga, lalu Allah berkata (kepada Jibril):

انْظُرْ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا ،
Engkau lihatlah (syurga itu) dan apa yang telah aku sediakan untuk penghuninya.

قَالَ : فَجَاءَهَا وَنَظَرَ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعَدَّ اللَّهُ لِأَهْلِهَا فِيهَا ،
Lalu Jibril pun pergi ke syurga. Dia melihat syurga itu dan apa yang telah Allah sediakan untuk penghuninya.

قَالَ : فَرَجَعَ إِلَيْهِ قَالَ : فَوَعِزَّتِكَ لَا يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَهَا ،
Lalu Jibril pun pulang kepada Nya dan berkata: Demi kemuliaan Mu. Tiada seorang pun yang mendengar (tentang syurga) kecuali dia pasti akan memasukinya.

فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ ،
Lalu Allah menyuruh agar syurga ditutupi dengan perkara-perkara yang tidak disukai.

فَقَالَ : ارْجِعْ إِلَيْهَا فَانْظُرْ إِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا ،
Kemudian Allah berkata (kepada Jibril): Kembalilah ke syurga, dan lihat apa yang telah sediakan untuk penghuninya.

قَالَ : فَرَجَعَ إِلَيْهَا فَإِذَا هِيَ قَدْ حُفَّتْ بِالْمَكَارِهِ ،
Jibril kembali ke syurga, dan ketika itu syurga telah ditutupi dengan perkara-perkara yang tidak disukai.

فَرَجَعَ إِلَيْهِ فَقَالَ : وَعِزَّتِكَ لَقَدْ خِفْتُ أَنْ لَا يَدْخُلَهَا أَحَدٌ ،
Lalu Jibril kembali kepada Allah dan berkata: Demi kemuliaan Mu. Engkau telah mengaburi syurga sehingga tiada seorang pun dapat memasukinya.

قَالَ : اذْهَبْ إِلَى النَّارِ ، فَانْظُرْ إِلَيْهَا وَإِلَى مَا أَعْدَدْتُ لِأَهْلِهَا فِيهَا ،
Allah berkata (kepada Jibril): Pergilah ke neraka. Lihatlah keadaannya dan apa yang telah Aku sediakan untuk penghuninya.

فَإِذَا هِيَ يَرْكَبُ بَعْضُهَا بَعْضًا ، فَرَجَعَ إِلَيْهِ ،
Neraka ketika itu dalam keadaan tindih menindih di atas satu sama lain, kemudian Jibril pulang kepada Allah.

فَقَالَ : وَعِزَّتِكَ لَا يَسْمَعُ بِهَا أَحَدٌ فَيَدْخُلَهَا ،
Jibril pun berkata: Demi kemuliaan Mu. Tiada seorang pun yang mendengar tentangnya mahu memasukinya.

فَأَمَرَ بِهَا فَحُفَّتْ بِالشَّهَوَاتِ ، فَقَالَ : ارْجِعْ إِلَيْهَا ،
Lalu Allah menyuruh neraka ditutupi dengan perkara-perkara yang disukai. Allah pun berkata kepada Jibril: Pulanglah ke neraka.

فَرَجَعَ إِلَيْهَا فَقَالَ : وَعِزَّتِكَ لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ لَا يَنْجُوَ مِنْهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَهَا "
Jibril pun pulang ke neraka lalu dia berkata: Demi kemuliaan Mu. Aku takut tiada seorang terselamat daripada memasukinya.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab Sifat Syurga, hadis no: 2499, hasan sahih]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah menghuraikan dalam Fathul Bari:

فإن المراد بالمكاره هنا ما أمر المكلف بمجاهدة نفسه فيه فعلا وتركا كالإتيان بالعبادات على وجهها والمحافظة عليها
Yang dimaksudkan dengan 'perkara-perkara yang tidak disukai' dalam hadis ini ialah apa-apa sahaja urusan yang menuntut seseorang untuk melawan nafsunya demi melaksanakan hal tersebut atau meninggalkan sesuatu hal yang lain. Seperti melakukan ibadah dengan ikhlas, dan memelihara ibadah tersebut.

واجتناب المنهيات قولا وفعلا.
Termasuk jua meninggalkan perkara-perkara yang dilarang daripada segi perkataan mahupun perbuatan.

وأطلق عليها المكاره لمشقتها على العامل وصعوبتها عليه ومن جملتها الصبر على المصيبة والتسليم لأمر الله فيها
Ia dinamakan 'perkara-perkara yang tidak disukai' kerana kesukaran dan kepayahan untuk melaksanakannya. Keindahan yang ada pada hal ini ialah kesabaran apabila datangnya musibah, dan penyerahan diri kepada segala perintah Allah.

والمراد بالشهوات ما يستلذ من أمور الدنيا مما منع الشرع من تعاطيه إما بالأصالة وإما لكون فعله يستلزم ترك شيء من المأمورات
Yang dimaksudkan dengan 'perkara-perkara yang menggoda jiwa' ialah apa-apa yang seronok daripada urusan dunia, sama ada ia daripada perkara yang memang asalnya adalah dilarang daripada dilakukan, atau pun sesuatu perkara (yang asalnya harus) tetapi menyebabkan pelakunya meninggalkan melakukan sesuatu yang disuruh.

ويلتحق بذلك الشبهات والإكثار مما أبيح خشية أن يوقع في المحرم
Termasuk di dalamnya juga ialah melakukan perkara-perkara syubhat dan berlebih-lebihan melakukan perkara yang harus sehingga terjerumus ke dalam perkara yang haram.

فكأنه قال لا يوصل إلى الجنة إلا بارتكاب المشقات المعبر عنها بالمكروهات ولا إلى النار إلا بتعاطي الشهوات
Dalam hadis ini, seolah-olah baginda sallallahu 'alaihi wasallam ingin berkata bahawa seseorang itu tidak akan sampai ke syurga melainkan terpaksa melalui kesusahan yang memang tidak disukai. Dan tidak pula seseorang akan sampai ke neraka melainkan dengan melakukan perkara-perkara yang memenuhi kehendak nafsu.

www.alkahfi.com.my | www.fb.com/AlkahfiServices |



Kredit kepada Dr Abu Anas Madani

Buih.

Berapa banyak buih di lautan? 
Pernahkah kita menghitungnya? 
Adakah alat untuk menghitung buih tersebut?
Atau menghitungnya adalah sesuatu yang mustahil bagi manusia?

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
من قال : سبحان الله وبحمده ، في يوم مائة مرة ، حطت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر

"Sesiapa yang mengucapkan: SUBHAANALLAAHI WA BI HAMDIHI" SERATUS KALI dalam satu hari, maka Allah ampunkan KESALAHANNYA walaupun ianya sebanyak BUIH di lautan" [Shahih Bukhari]

Beramallah dengan ikhlas dengan apa yang dijanjikan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua yang sangat banyak. Amin.

#Like Dr Abu Anas Madani

Jangan pernah mengalah